Siasatan isu Illi Najwa dibuat secara teliti - Utusan Malaysia

Siasatan isu Illi Najwa dibuat secara teliti

TOSRIN JARVANTHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Siasatan  isu membabitkan wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique yang berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar dilakukan secara terperinci dan berhati-hati.

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, pihaknya masih mengumpul bukti termasuk dakwaan wanita itu yang dikatakan telah bernikah di negara ini.

Menurut beliau, pihaknya masih menunggu kerjasama dan laporan penuh Kementerian Luar bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan melibatkan isu berkenaan.

“Apa jual hasil siasatan akan dipersembah maklum kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk dapat perkenan baginda.

“Segala perkara disembah maklum kepada baginda selaku Ketua Agama Islam Johor sebelum kita membuat kenyataan rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.

Isu status agama Illi Najwa timbul selepas dia melangsungkan perkahwinan mengikut adat keagamaan selain Islam di kampung halaman suaminya di Punjab, India.

Difahamkan Illi Najwa berasal dari Johor.

Dalam pada itu, Tosrin berkata, sehingga kini pihaknya belum memanggil mana-mana individu termasuk keluarga wanita itu.

Katanya, pihak berkuasa agama negeri akan menjalankan siasatan penuh, teliti dan berhati-hati kerana tidak mahu memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

“Saya seru  umat Islam bersabar dan jangan timbulkan tafsiran negatif berhubung isu ini,” katanya.

Mengikut laporan sebuah akhbar,  wanita berusia 27 tahun itu mendapatkan permohonan khas kerajaan Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India untuk terbang ke New Delhi.

Pemain itu kali pertama bertemu isterinya yang menyaksikan perlawanan ketika dia mengetuai satu kejohanan pada 2012.

Sebut laporan itu lagi, pasangan berkenaan pada mulanya dijadualkan berkahwin pada April lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana penularan Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya