PKR terbuka bincang tukar ketua pembangkang  - Utusan Malaysia

PKR terbuka bincang tukar ketua pembangkang 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PKR terbuka membincangkan keperluan menukar pucuk kepemimpinan dalam Pakatan Harapan (PH).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belum ada cadangan untuk mewujudkan perubahan selain daripada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Hal ini melibatkan PH dan belum ada cadangan penukaran kepemimpinan dalam PH selain daripada Mohd. Shafie.

“Tidak ada rakan PH yang lain mencadangkan untuk mengadakan perubahan. Bagaimanapun, saya terbuka untuk membawa dan bincangkan perkara ini dalam mesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan parti itu tidak pernah mencadangkan pertukaran Ketua Pembangkang Parlimen yang disandang Anwar ketika ini

Sementara itu, Anwar menegaskan pendirian parti itu dalam ketetapan dalam menghadapi pilihan raya akan datang serta menolak rasuah sepenuhnya selain daripada memperjuangkan nasib rakyat.

“Pertemuan hari ini walaupun notis singkat tetapi kita manfaatkan untuk perkuatkan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang

“Saya juga mahu mengingatkan walaupun induknya Islam dan Melayu, kita ini adalah parti pelbagai kaum namun isunya disini bukan hanya pelbagai kaum tetapi sebuah parti yang menolak keras rasuah serta kezaliman,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menjelaskan kenyataan itu selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kepimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya