Perkasakan semula NFC, kurangkan bergantung kepada daging import - Utusan Malaysia

Perkasakan semula NFC, kurangkan bergantung kepada daging import

SOHAIMI SHAHADAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya mengurangkan kebergantungan sumber daging dari luar negara dengan memperkasakan semula Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebagai pengeluar daging halal utama negara.

Presiden Dewan Perdagangan & Industri Asean (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, isu kartel daging haram yang didedahkan baru-baru ini berlaku ekoran kekurangan penawaran bekalan daging halal oleh pengeluar domestik.

Sedangkan, katanya, keperluan dan permintaan daging halal di negara ini amat tinggi dengan sekitar 70 peratus daripada rakyat Malaysia adalah penganut beragama Islam.

“Ini soal permintaan dan kelemahan penawaran sehingga wujud kartel daging haram. Disebabkan kelemahan dalam penawaran bahan bekalan ini maka ada pihak tidak bertanggungjawab cuba memanipulasi melalui pengeluar kartel daging haram. 

“Jika NFC berfungsi dengan baik ia mampu mengatasi permintaan di seluruh negara. Ia perlu menjadi hab daging halal bagi melawan dan menghapus kartel daging haram. Kalau ini berjalan dengan betul, lama-lama kartel haram ini mati,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Sohaimi berpendapat kerajaan perlu memberi peluang kepada mereka yang berkebolehan dan telus dalam menguruskan NFC agar tidak terjadi kontrovesi seperti sebelum ini.

Katanya, ini bagi memastikan pengeluar daging halal tempatan benar-benar dapat menguasai ekonomi sekali gus melumpuhkan kartel berkenaan.

“Perlu perkemaskan saluran pengedaran kepada peniaga agar mereka benar-benar mendapat bekalan. Kementerian Pertanian harus ada mekanisma dan pelan baharu bagi pengurusan NFC ini,” katanya.

Sohaimi juga berharap kerajaan dapat bertindak tegas terhadap pihak yang terbabit dengan kartel daging haram dengan menarik balik sijil halal serta permit import daging daripada syarikat yang terlibat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.