Pendakwah selebriti dijangka didakwa esok - Utusan Malaysia

Pendakwah selebriti dijangka didakwa esok

PENDAKWAH selebriti (dua dari kiri) direman lima hari lagi bagi membantu siasatan dakwaan merogol.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas 13 hari direman, pendakwah selebriti berkemungkinan akan didakwa di dua mahkamah atas pertuduhan liwat dan rogol, esok.

Difahamkan, pendakwah itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terlebih dahulu mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan atau liwat.

Selesai prosiding di Petaling Jaya, lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atau merogol.

Kedua-dua pertuduhan itu masing-masing memperuntukan hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, peguam bela pendakwah terbabit, Syed Amirul Syed Edros ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menunggu kepastian berhubung perkara tersebut.

“Tidak pasti. Kertas siasatan akan dirujuk ke HQ (Ibu Pejabat) AGC (Jabatan Peguam Negara) terlebih dahulu pagi esok. Kalau HQ approve (luluskan) untuk tuduh, akan tuduh esok,” katanya.

Pendakwah itu berada dalam reman sejak 27 November lalu dan tempoh tahanan remannya telah dilanjutkan sebanyak dua kali bagi membantu siasatan.

Siasatan yang dijalankan oleh pihak polis membabitkan pelbagai kesalahan seksual seperti Seksyen 376 (rogol), Seksyen 354 (cabul), Seksyen 377 (seks luar tabii) dan Seksyen 323 (mendatangkan kecederaan).

Sehingga hari ini, terdapat sembilan laporan polis telah dibuat di Shah Alam dan Petaling Jaya terhadap pendakwah selebriti itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya