Kunci penyelesaian di tangan Pas, Bersatu - Utusan Malaysia

Kunci penyelesaian di tangan Pas, Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kemelut politik di Perak sebenarnya masalah yang mudah selesai tetapi disulitkan berikutan Pas dan Bersatu enggan memberikan sokongan kepada UMNO untuk membentuk kerajaan negeri.

Seorang penganalisis politik yang enggan namanya didedahkan berkata, sepatutnya kemelut politik di Perak tidak berlaku jika Pas dan Bersatu menyokong UMNO sebagai Menteri Besar dan bersama-sama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, kunci penyelesaian sekarang ada di tangan Pas dan Bersatu Perak.

“Apa alasan sebenarnya Pas dan Bersatu tidak mahu sokong UMNO yang jelas mempunyai berlipat ganda jumlah ADUN dalam DUN?

“Takkanlah pasal seorang, habis semua perjanjian politik terbatal dan tak boleh berbincang langsung? Apa UMNO tidak ada jasa bersama PAS?

“Benda mudah, tetapi disulitkan,” katanya.

Menurutnya, masalah politik di Perak hanya disebabkan seorang iaitu kepala kerajaan (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) jatuh kerana tidak mendapat undian majoriti mudah di dalam DUN.

Katanya, yang tidak dipercayai di dalam dewan hanyalah seorang.

“UMNO Perak memberi keterbukaan untuk mengekalkan semua Exco sedia ada iaitu mereka dilantik semula termasuklah Exco Pas dan Bersatu.

“Namun Pas tidak mahu bekerjasama jika Bersatu tiada bersama.

“UMNO juga tidak mahu dan tidak ada niat singkirkan Pas dan Bersatu dalam kerajaan.

“Jalan mudah, Pas dan Bersatu perlulah menyokong UMNO sebagai Menteri Besar, bersama-sama dalam kerajaan sedia ada,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN