Dua lelaki mengaku tidak salah rogol remaja bawah umur - Utusan Malaysia

Dua lelaki mengaku tidak salah rogol remaja bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI:  Dua remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Masjistret di sini hari ini atas tuduhan merogol gadis bawah umur berusia 14 tahun dalam kejadian di Tanjung Dawai dekat sini, 11 Disember lalu.

Tertuduh, Muhamaad Saiful Nizam Jamaludin, 19, yang bekerja sebagai nelayan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Abu Hassan 

Sementara di Mahkamah Majistret, seorang lagi tertuduh yang masih di bawah umur berusia 17 tahun juga membuat pengakuan sama di hadapan Majistret, Nadhirah Abdul Rahim.

Tertuduh telah berhenti sekolah dan bekerja sebagai nelayan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol seorang gadis bawah umur di sebuah rumah di Tanjung Dawai kira-kira pukul 9 malam, 11 Disember lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin kepada Muhamaad Saiful Nizam manakala tertuduh berusia 17 tahun dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga mengenakan syarat tambahan kepada mereka iaitu kedua-dua tertuduh atau ahli keluarga serta kenalan mereka tidak boleh menghubungi dan mendekati mangsa mahupun ahli keluarganya.

Mereka juga diarah  melaporkan diri di Balai Polis Tanjung Dawai setiap bulan sehingga kes selesai.

Kes disebut semula pada 27 Januari ini.

Pendakwaan kes di Mahkamah Sesyen dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Galvin Loo Wei Ming manakala di Mahkamah Masjistret dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfadzly Hassan.

Tertuduh pertama diwakili peguam K. Sobini manakala  tertuduh kedua diwakili peguam, Fahmi Izzudin Jefri. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya