Dewan Negara cadang ‘reformasi penjara’ - Utusan Malaysia

Dewan Negara cadang ‘reformasi penjara’

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Reformasi perlu dilakukan di semua penjara di negara ini bagi mengatasi isu kesesakan penempatan banduan akibat pandemik Covid-19.

Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Rais Yatim berkata, prison reform atau reformasi penjara amat diperlukan termasuk mengambil kira perubahan jangka pendek dan jangka panjang.

Beliau berkata, langkah itu melibatkan aspek menjamin kesihatan, kebersihan, keberkesanan notasi kanun keseksaan, mengelakkan suasana ‘penjara terbiar’ dan lain-lain langkah serta-merta.

Katanya, pindaan undang-undang sedia ada terhadap Akta Penjara 1995 dan kaedahnya dilihat sebagai sesuatu yang mendesak.

“Kaji sistem banduan untuk jalani hukuman alternatif dalam masyarakat. Dapatkan dan amalkan pendekatan baharu supaya soal penguatkuasaan tidak diremehkan.

“Memperluas mekanisme pembebasan banduan secara kebenaran khas atau yang berlesen dengan syarat keselamatan awam terjamin. Pendekatan anti Covid-19 yang khusus wajib dilakukan secara semerta untuk mengelakkan penyebaran lebih banyak klaster tembok.

“Natijah-natijah di atas dirumuskan oleh Jawatankuasa Khas Dewan Negara sebagai keprihatinan dewan tertinggi legislatif terhadap sesuatu fenomena atau isu besar yang melanda negara dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rais berkata, ketika ini, prasarana penjara tidak mampu menampung bilangan banduan yang kian meningkat, akibat bertambahnya kes-kes jenayah yang melibatkan pemenjaraan atau tahanan.

“Ini menyebabkan 25 daripada 38 penjara di seluruh negara kini sesak. Jumlah banduan di seluruh negara adalah seramai 68,730 orang banduan, sedangkan jumlah sepatutnya tidak melebihi 52,000 orang banduan.

“Bermakna sudah lebih 16,000 banduan dalam jagaan 38 penjara kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya