Abdul Hadi selesai menghadap Sultan Perak - Utusan Malaysia

Abdul Hadi selesai menghadap Sultan Perak

ABDUL Hadi Awang keluar dari Istana Kinta selepas selesai menghadap  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selesai menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini.

Pertemuan berlangsung selama kira-kira setengah jam dan kenderaan yang dinaiki beliau dilihat keluar dari pekarangan Istana Kinta pukul 11.39 pagi sambil melambaikan tangan kepada pemberita yang menunggu di luar istana.

Tiada sebarang sidang akhbar dibuat, sebaliknya media difahamkan, ibu pejabat Pas akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung pertemuan itu.

Sebelum ini, Abdul Hadi menghantar surat memohon menghadap Sultan Perak pada 10 Disember lalu berikutan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu tidak menghadap sebagaimana dititahkan baginda pada Selasa lalu ketika kemelut politik Perak.

Tiga ADUN Pas itu ialah ADUN Semanggol yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria; ADUN Selama, Mohd. Akmal Kamarudin dan ADUN Kubu Gajah, Mohd. Khalil Yahaya.

Razman yang mengulas tindakan mereka berkata, keputusan berkenaan diambil atas arahan pucuk kepemimpinan parti.

Berikutan itu, tiga ADUN Pas itu menzahirkan permohonan maaf kepada Sultan Perak atas kekhilafan mereka kerana tidak menghadap sebagaimana dititahkan baginda.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataannya turut memaklumkan pertemuan berkenaan.

Katanya, Abdul Hadi merakamkan setinggi junjung kasih kepada Sultan Perak di atas keprihatinan dan hikmah kebijaksanaan yang dizahirkan terhadap kemaslahatan agama, kestabilan politik dan ekonomi, serta kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat jelata. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.