fbpx

22 Januari 2021, 4:58 am

  TERKINI

Video tular polis tendang warga asing disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis menyiasat seorang anggotanya didakwa menendang pekerja kilang warga asing dalam kejadian di Taman Jasmin Senawang dekat sini yang klip vdeonya tular di media sosial petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, satu video berdurasi enam saat memaparkan seorang lelaki memakai pakaian seragam polis menendang seorang warga asing yang tular melalui aplikasi WhatsApp kira-kira pukul 9.16 malam semalam (29 November 2020).

“Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Taman Jasmin  ketika dalam proses pemindahan ke pusat kuarantin Covid-19. 

“Oleh yang demikian, satu laporan polis telah diterima berkaitan video itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha mengesan mangsa dan  anggota polis terlibat  sedang dijalankan dan siasatan lanjut masih diteruskan. 

“Pihak polis akan menjalankan siasatan secara terperinci tanpa sebarang kompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Menerusi klip video berkenaan lelaki beruniform seperti PDRM menendang seorang pekerja asing berkali-kali. 

Mangsa dipercayai warga Myanmar dan semasa kejadian lelaki itu sedang duduk berderet bersama rakannya  sementara menunggu giliran menaiki bas untuk dibawa ke pusat kuarantin. – UTUSAN