Mangsa banjir di Terengganu tinggal lapan orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Terengganu tinggal lapan orang

PENDUDUK Kampung Teladas, Kemaman, Terengganu membersihkan rumah mereka yang dipenuhi lumpur akibat banjir. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang kedua di Terengganu yang kini memasuki hari ketujuh, hampir ke penghujungnya apabila hanya lapan mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 8 pagi ini, kesemua mangsa daripada tiga keluarga itu ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang di Marang.

Katanya, kesemua PPS di Kemaman dan Dungun sudah ditutup mulai semalam berikutan keadaan cuaca baik susulan penamatan amaran cuaca waspada (kuning).

“Kita juga dimaklumkan paras air di sungai-sungai utama di negeri ini kembali stabil dan mencatatkan tren penurunan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya