Legenda bola sepak Malaysia ke Sukan Olimpik Munich meninggal dunia - Utusan Malaysia

Legenda bola sepak Malaysia ke Sukan Olimpik Munich meninggal dunia

MOHAMAD Bakar yang pernah menyertai skuad kebangsaan dan layak ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972 meninggal dunia di Kepala Batas, Pulau Pinang, pagi ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Legenda sukan bola sepak negara, Datuk Mohamad Bakar, 75, yang pernah menyertai skuad kebangsaan dan berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972 meninggal dunia pada pukul 10.50 pagi tadi.

Anak Allahyarham, Siti Mardhiana berkata, bapanya meninggal dunia ketika dirawat di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM), di sini akibat penyakit berkaitan kegagalan sumsum tulang untuk menghasilkan darah.

Katanya, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah mereka di Teluk Ayer Tawar dekat sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bagan Ajam, dekat sini selepas solat Asar hari ini.

Allahyarham sebelum ini turut dilaporkan menerima rawatan berkenaan penyakit itu di Wad Hematologi Hospital Pulau Pinang (HPP), dekat sini.

Mohamad memulakan karier sebagai pemain bola sepak Pulau Pinang pada 1960-an dan pernah menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik Moscow 1980, sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada 1985.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi laman sosial Facebooknya mengucapkan takziah kepada keluarga Mohamad atas pemergian Allahyarham. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya