Jumpa ayah kali pertama di Singapura - Utusan Malaysia

Jumpa ayah kali pertama di Singapura

NURUL Huda Jaafar membawa Mohammad Hamzah Mohamed Sarbini yang berusia lima bulan bertemu dengan Mohamed Sarbini Mohamed Salleh di Singapura.- FB NURUL HUDA JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Terpisah ekoran penutupan pintu sempadan Malaysia dan Singapura sejak Mac lalu, seorang isteri bersama anaknya akhirnya dapat bertemu dengan suaminya setelah dibenarkan memasuki Singapura menerusi program MyTravelPass, Sabtu lalu.

Nurul Huda Jaafar, 37, berkata, ia adalah kali pertama anaknya, Mohammad Hamzah Mohamed Sarbini yang kini berusia lima bulan dapat bertemu dengan bapanya, Mohamed Sarbini Mohamed Salleh, 42, sejak lahir pada 4 Jun lalu.

Katanya, dia dan anaknya kini berada di Singapura dan sedang menjalani kuarantin selama tujuh hari sehingga Jumaat ini.

“Alhamdulliah, syukur tuhan permudahkan segala urusan saya dan anak untuk bertemu suami selepas hampir lapan bulan terpisah sejak pandemik Coivd-19 melanda.

“Anak saya dilahirkan pada Jun lalu dan kini sudah berusia lima bulan. Dia tidak pernah jumpa ayahnya secara fizikal, ini kali pertama dan perasaan rindu kami Allah sahaja yang tahu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

MyTravelPass adalah sistem baharu yang diperkenalkan Jabatan Imigresen bagi permohonan kebenaran masuk dan keluar negara untuk rakyat Malaysia dan warga asing

Mohamed Sarbini adalah seorang warga Singapura yang berpisah dengan isterinya yang menetap di Skudai, di sini sejak 17 Mac lalu selepas pintu sempadan kedua-dua negara ditutup bagi mengekang penularan Covid-19.

Nurul Huda berkata, semasa terpisah, dia sudah mengandungkan Mohammad Hamzah tujuh bulan dan cahaya mata itu adalah anak pertama pasangan berkenaan selepas mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu.

Kisah perjalanan Nurul Huda membawa Mohammad Hamzah bertemu bapanya tular di media sosial facebook sejak kelmarin sehingga mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberi komen positif atas usaha dan pengorbanan wanita itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN