Covid-19 di Semporna kritikal – Penduduk - Utusan Malaysia

Covid-19 di Semporna kritikal – Penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun kerajaan mengumumkan kes jangkitan pandemik Covid-19 di Sabah terkawal dan menunjukkan penurunan bagi kes harian, namun, terdapat beberapa daerah di negeri ini terutamanya Semporna yang masih memperlihatkan peningkatan kes.

Rata-rata penduduk resah dan bimbang dengan keadaan di kawasan mereka yang jauh daripada bantuan perkhidmatan kesihatan.

Setakat kelmarin, daerah Semporna merekodkan sebanyak 516 kes aktif manakala kes baharu sebanyak 15 kes.

Aktivis Borneo Komrad, Mukmin Nantang berkata, beliau melihat keadaan pengurusan yang sebenar di Semporna masih di tahap tidak memuaskan dan masih ada pesakit yang positif disaring dan dibiarkan sahaja tanpa pemakaian gelang merah jambu serta tidak disediakan tempat kuarantin yang betul.

“Keadaan di Semporna sangat kritikal dan saya sudah tidak tahan lagi dengan jangkitan yang semakin meningkat berikutan tiada pematuhan prosedur operasi standard yang sempurna.” katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Tambah Mukmin yang juga seorang aktivis, memang benar bantuan dari kerajaan disalurkan kepada penduduk, tetapi, masih ramai yang ke­tinggalan dan hanya diberikan rawatan sekali sahaja sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) masih bersambung di sini.

“Kita boleh lihat dalam media sosial dan akhbar-ahkbar yang pernah mngeluarkan isu krisis makanan di Semporna, namun, masih tidak mendapat perhatian dari mana-mana pihak.” katanya.

Tambahnya, kawasan-kawasan selain zon merah turut terkesan akan pelaksanaan PKPD ini dimana mereka tidak dapat bekerja dan masih ada segelintir tidak menerima sebarang bantuan.

Bagi memastikan keadaan terkawal kami sendiri bersama aktivis-aktivis borneo yang lain telah bekerjasama dalam memberikan bantuan kepada penduduk di sekitar Semporna terutamanya di kawasan pedalaman melibatkan penduduk Bajau Laut.

“Dengan bantuan ini sahaja, mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup hari­an dan jika berharap dengan bantuan yang hanya diberikan sekali sahaja itu adalah sangat tidak mencukupi dan akan membawa kepada keadaan yang lebih kritikal kepada penduduk,” tambahnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN