Kedudukan geopolitik Sabah membuatkan negeri itu lebih terdedah (vulnerable) kepada ancaman keselamatan meliputi aktiviti kidnap for ransom (penculikan) dan pelbagai jenayah rentas sempadan termasuk pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI). Pada Februari 2013, berlaku pencerobohan perairan negara di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah oleh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina. Kumpulan penceroboh ini dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu yang dikenal pasti sebagai pengikut setia Raja Muda Sulu, Azzimudie Kiram. Mereka…










