UTHM lancar pesawat latihan akademi penerbangan, dron pertanian - Utusan Malaysia

UTHM lancar pesawat latihan akademi penerbangan, dron pertanian

TIMBALAN Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi Rosli Yaakub (kiri) menaiki pesawat latihan Diamond DA40 NG sambil diperrhatikan oleh Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Ts. Dr Wahid Razzaly (kiri) pada Majlis Pelancaran Pesawat Latihan Akademi Penerbangan dan Dron Pertanian Pinexri-20 di Senai Business Aviation Terminal Senai di sini.-UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI pemberita : sharkawi Gambar : RAJA JAAFAR ALI pemberita : sharkawi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melancarkan Pesawat Latihan Akademi Penerbangan dan Dron Pertanian Pinexri-20 di Terminal Penerbangan Bisnes Senai di sini semalam.

Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Wahid Razzaly berkata, pesawat latihan model Diamond DA40 NG dan DA42 itu merupakan pesawat milik Asia Awronautical Training Academy (AATA) iaitu sebuah akademi milik UTHM serta ATAS Aeronautik Sdn. Bhd.

Menurutnya, pesawat generasi baharu itu dilengkapi teknologi moden dan terkini serta mempunyai empat tempat duduk merupakan pesawat keluaran negara Austria.

“Dua buah pesawat ini akan digunakan sepenuhnya untuk melatih 40 kadet juruterbang yang sedang mengikuti latihan pelesenan di AATA.

“Latihan secara rasminya sudah bermula pada awal September lalu dan setiap kadet juruterbang dikehendaki melengkapkan hampir 200 jam penerbangan menggunakan pesawat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pesawat Latihan Akademi Penerbangan dan Dron Pertanian Pinexri-20 di sini hari ini.

Hadir merasmikan majlis ialah wakil rasmi Menteri Pengajian Tinggi iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi, Rosli Yaakub.

Pada majlis itu juga, UTHM turut melancarkan dron pertanian yang dihasilkan penyelidik UTHM dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

Wahid berkata, dron yang dikenali sebagai Pinexri-20 itu merupakan dron yang baka digunakan untuk menyemai baja di ladang-ladang nanas tanpa pengemudi.

Jelasnya, Pinexri-20 turut dilengkapi dengan perkhidmatan pengurusan berasaskan teknologi IoT.

Dalam pada itu, Wahid turut mengumumkan UTHM sedang dalam proses menaik taraf kampus Tanjung Laboh sebagai sebuah pusat latihan lapangan terbang yang dilihat sebagai pemangkin pembangunan sebuah hab pendidikan penerbangan di zon selatan tanah air. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya