Ular sawa 110 kilogram ‘berehat’ dalam reban ayam - Utusan Malaysia

Ular sawa 110 kilogram ‘berehat’ dalam reban ayam

ANGGOTA Pertahanan Awam Dungun menangkap ular sawa batik seberat kira-kira 110 kilogram di Kampung Santong, Paka, Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang penternak terkejut dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat kira-kira 110 kilogram yang di dalam reban ayamnya di Kampung Santong, Paka, di sini semalam.

Mohd. Amir Ruslan berkata, ular sepanjang lapan meter itu ditemukan berhampiran pagar ketika dia mahu masuk ke reban tersebut kira-kira pukul 2 petang.

“Pada awalnya saya membiarkan ular itu dengan harapan ia keluar senula ke hutan. Apabila memikirkan keselamatan pekerja di samping bimbang ternakan dimakan, saya terus menghubungi pasukan penyelamat,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Amir berkata, reptilia itu sering dijumpai di sekitar reban ayamnya kerana kedudukan yang terletak berdekatan kawasan hutan.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, empat anggotanya mengambil masa mengeluarkan ular tersebut selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4 petang.

“Saiz reptilia yang besar dengan berat mencecah 110 kilogram dan panjang lapan meter menyukarkan anggota mengeluarkannya dari reban.

“Ular sawa batik ini adalah yang terbesar pernah ditangkap tahun ini. Ia dibawa pulang ke bilik gerakan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya