Teka teki kerjasama BN-Bersatu terjawab hari ini - Utusan Malaysia

Teka teki kerjasama BN-Bersatu terjawab hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebarang keputusan mengenai kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin BN hari ini.

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada masa ini beliau tidak mengetahui sebarang keputusan.

“Saya tidak tahu apa-apa setakat ini. Saya ingin mendapatkan pandangan daripada ahli-ahli lain yang menghadiri mesyuarat ini,” kata beliau.

Mesyuarat Pemimpin Barisan Nasional sedang dijalankan di Menara Dato Onn susulan daripada keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak Darurat semalam.

Apabila disoal sama ada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan, Hishammuddin tidak memberi komen panjang.

“Semua perkara masih dalam perbincangan. Saya perlu mengetahui kedudukan BN dahulu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya