Skandal seks: Artis raih RM20,000 hingga RM40,000 untuk satu malam - Utusan Malaysia

Skandal seks: Artis raih RM20,000 hingga RM40,000 untuk satu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penampilan mewah luar biasa dan dalam sekelip mata oleh segelintir artis dan instafamous tempatan di­percayai hasil penglibatan dalam sindiket pelacuran kelas atasan.

Sumber Suruhanjaya Pence­gahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mingguan Malaysia, mereka dibayar antara RM20,000 hingga RM40,000 untuk satu malam sebagai pe­lampias nafsu golongan orang kenamaan.

Menurutnya, kegiatan tersebut dipercayai telah lama berlaku dalam industri hiburan dan mereka yang terlibat sanggup menggadai maruah demi me­raih duit segera.

“Isu skandal seks ini muncul rentetan daripada timbulnya kes Macau Scam yang mengejutkan negara baru-baru ini yang mana ia turut melibatkan golongan artis tanah air.

“Dipercayai, salah seorang suspek daripada kes Macau Scam itu adalah antara orang tengah yang menjadi ‘penghubung’ kelompok selebriti dan instafamous yang didekati dan kemudiannya menawarkan harga tertentu untuk kegiatan pelacuran kelas atasan itu.

“Tidak mengejutkan jika dikatakan, golongan ini (artis dan instafamous) mampu me­raih duit mewah dengan menerima bayaran antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam,” kata sumber itu semalam.

Menyebut beberapa nama artis dan instafamous popular tanah air, kata sumber itu lagi, senarai tersebut bagaimanapun tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Orang tengah yang terlibat berkemungkinan tidak mela­kukannya demi wang. Tetapi lebih cenderung untuk meraih reputasi dan pengaruh dalam gelanggang mereka.

“Bagaimanapun, tidak dapat disangkal dakwaan hasil bayaran aktiviti ‘menjual’ artis dan instafamous ini mungkin adalah antara sumber pendapatan yang menyumbang kepada gaya hidup mewah suspek.

“Kita tidak menyebut siapakah individu-individu terbabit, tetapi siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya,” katanya.

Ekoran itu juga, pihak SPRM sedang memantau laman media sosial artis-artis dan instafamous yang mempamerkan kemewahan hidup berlebih-lebihan walaupun pendapatan sebenar melalui hasil lakonan, nyanyian dan perniagaan tidak seberapa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN