Rais persoal Perkara 40 diketepikan - Utusan Malaysia

Rais persoal Perkara 40 diketepikan

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu berhubung Perkara 40 dalam Perlembagaan Persekutuan dibangkitkan Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim selepas penolakan Proklamasi Darurat.

Persoalan itu dibangkitkannya menerusi ciapan di akaun Twitter peribadinya mempertikaikan tindakan Peguam Negara yang tidak bersuara ekoran dakwaan mencabul Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

“Baik sekali hebahan nasihat Yang di-Pertuan Agong ini. Cuma satu perkara amat penting dari segi Per. 40(1A) Perlembagaan telah tercabul.

“Kenapa Peguam Negara tidak menimbulkan (isu) bahawa peruntukan mandatori Perkara 40 telah diketepikan? Ini kan tonggak Raja Berperlembagaan?,” katanya.

Hasil pertemuan Majlis Raja-Raja Melayu baru-baru ini, Seri Paduka menolak cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi melaksanakan darurat.

Perkara 40 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat jemaah menteri kecuali sebagaimana yang diperuntukan oleh perlembagaan namun baginda berhak atas setiap maklumat.

Turut dinyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong harus bertindak sesuai dengan nasihat atau setelah mempertimbangkan nasihat dan baginda harus menerima dan bertindak sesuai dengan nasihat tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya