Perodua, Proton kekal paling laris - Utusan Malaysia

Perodua, Proton kekal paling laris

Myvi model Perodua terlaris di pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perodua dan Proton kekal mendominasi carta jualan kereta penumpang untuk suku ketiga 2020 dengan kedua-dua jenama itu mencatat peningkatan jualan pada September berbanding Ogos.

Menurut data jualan yang dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kereta penumpang Perodua meningkat daripada 22,604 pada Ogos kepada 25,035 pada September.

Ini menjadikan jualan keseluruhan Perodua tahun ini sehingga September sebanyak 145,012 buah kenderaan.

Proton pula berjaya meningkatkan jualan daripada 11,378 pada Ogos kepada 11,875 pada September, menjadikan jualan keseluruhan mereka pada 2020 sehingga September sebanyak 73,547 buah kenderaan.

Honda tampil lebih cemerlang pada September apabila berjaya memintas Toyota di tempat ketiga dengan jualan sebanyak 5,875 buah kenderaan, berbanding 5,520 buah kenderaan untuk Toyota.

Walau bagaimanapun, Toyota masih mendahului dari segi jualan keseluruhan dengan 36,834 buah kenderaan berbanding 34,655 buah untuk Honda.

Secara keseluruhannya, jualan kenderaan pada September 2020 adalah sebanyak 56,444 buah, lebih baik berbanding catatan pada September 2019 dengan 44,666 buah.

Namun, jualan keseluruhan tahunan sehingga September pada 2020 masih rendah berbanding tahun lalu, iaitu hanya 341,489 berbanding 442,985.

Menurut MAA, jualan yang baik pada September tahun ini berbanding bulan sama tahun lalu dan Ogos tahun ini disebabkan kempen promosi berterusan oleh syarikat kereta serta penghasilan kenderaan yang lebih banyak.

Namun begitu, MAA menjangkakan penurunan jualan pada Oktober berdasarkan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan penamatan moratorium automatik yang menjadikan pengguna lebih berhati-hati ketika berbelanja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.