Pembuangan barangan elektrik tidak terurus beri kesan buruk - Utusan Malaysia

Pembuangan barangan elektrik tidak terurus beri kesan buruk

MOHD. Amin Ghazali (tiga dari kanan) menerima barangan elektrik semasa Program Kempen Pengumpulan Barangan Elektrik dan Elektronik Peringkat Negeri Johor di Dewan Raya Taman Cempaka, Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pembuangan barangan elektrik bukan sahaja merosakkan alam sekitar malah memberi kesan terhadap kesihatan manusia sekiranya gagal diuruskan secara baik.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Operasi 2 Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Mohd. Amin Ghazali berkata, sebagai contoh papan litar bercetak dalam peralatan elektrik mengandungi logam berat seperti nikel, kromium, timah, plumbum, kuprum dan tiub ‘cathode ray’ (CRTs) yang mengandungi plumbum oksida.

“Bahan-bahan pencemar yang terkandung dalam bahan-bahan ini berpotensi melarut resap di tapak pelupusan sampah dan mencemarkan air permukaan serta air tanah. Di Malaysia, barangan itu dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di bawah kod SW110 Jadual Pertama, Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

“Jika barangan ini dibuang di tapak pelupusan sampah, ia menyebabkan pencemaran alam sekitar,” katanya dalam sidang akhbar selepas Kempen Pengumpulan Buangan Kempen Pengumpulan Barangan Eletrik dan Elektronik Peringkat Negeri Johor di Dewan Raya Taman Cempaka, Johor Bahru di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Amin berkata, kempen itu diadakan bertujuan memupuk keprihatinan serta tanggungjawab dalam memelihara dan memulihara alam sekitar dalam kalangan masyarakat setempat.

Beliau berkata, penganjuran program seperti ini secara tidak langsung meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang awam mengenai sistem pengurusan buangan elektrik dan elektronik di Malaysia.

“Bagaimanapun, masih ada sumber bernilai yang boleh didapati daripada komponen barangan terbuang ini seperti emas yang boleh dibuat perolehan kembali. Kami berharap semua lebih peduli dalam menguruskan pelupusan buangan elektrik dan elektronik,” katanya.

Pada majlis itu, lebih 10 tan bahan buangan barangan elektrik dan elektronik berkumpul menerusi program pengumpulan yang dijalankan sejak 23 September lalu di sembilan lokasi disediakan iaitu di kawasan perumahan, sekolah dan kampus melibatkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPK). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.