Gergasi snek tukar warna bungkusan akibat perang

Gergasi snek tukar warna bungkusan akibat perang

BUNGKUSAN snek Calbee ditukar kepada warna hitam dan putih berikutan gangguan bekalan bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan dakwat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Syarikat gergasi snek Jepun, Calbee memaklumkan pihaknya akan menukar pembungkusan beberapa produk paling popularnya kepada warna hitam dan putih buat sementara waktu berikutan gangguan bekalan bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan dakwat akibat peperangan di Iran.

Firma tersebut menyatakan paket reka bentuk baharu bagi 14 produk keluarannya termasuk kerepek kentang dan keropok udang, akan mula dilihat di kedai-kedai di seluruh Jepun bermula 25 Mei ini.

Insiden ini menandakan contoh terbaharu bagaimana barangan keperluan harian terjejas selepas Iran bertindak menutup laluan air utama di Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas negara berkenaan. 

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, syarikat-syarikat di seluruh dunia memberi amaran gangguan bekalan seperti bahan api, plastik dan helium melonjakkan kos perniagaan mereka.

Dalam satu kenyataan, Calbee menjelaskan, perubahan reka bentuk tersebut adalah tindak balas kepada ketidakstabilan bekalan nafta iaitu produk sampingan penapisan minyak yang digunakan dalam penghasilan dakwat dan plastik. 

Harga nafta di Asia dilaporkan meningkat hampir dua kali ganda sejak konflik bermula, sekali gus membebankan kos perniagaan di rantau ini. 

Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Kei Sato memberitahu pemberita, sebelum peperangan meletus, kira-kira 40 peratus bekalan nafta di Jepun diimport dari Asia Barat. 

Beliau menambah, kerajaan sedang berusaha untuk menstabilkan dan menyelesaikan sebarang ketidakseimbangan serta kekangan bekalan yang berlaku.

Pada April lalu, Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi turut memaklumkan negara itu sedang meluaskan sumber bekalan nafta dari luar Asia Barat termasuk dari AS. 

Negara-negara Asia dilaporkan menerima kesan paling teruk akibat gangguan perkapalan melalui Teluk kerana pergantungan yang tinggi terhadap Asia Barat untuk tenaga dan produk berkaitan minyak.

Gangguan ini turut dirasai oleh pemain industri lain di Jepun. Pada 1 Mei, pengeluar makanan Mizkan menggantung jualan beberapa produk snek kacang soya ditapai dan menaikkan harga bagi produk lain disebabkan kekurangan bekas polistirena. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN