Jangkitan Covid-19 di Sabah terkawal - Utusan Malaysia

Jangkitan Covid-19 di Sabah terkawal

Kakitangan Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu mengusung jenazah yang dipercayai meninggal dunia akibat Covid-19 di Tanah Perkuburan Orang Islam Taman Sempelang, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. – UTUSAN/FAUZAN AZIMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jangkitan Covid-19 di Sabah belum menunjukkan perkembangan positif tetapi keadaan di beberapa daerah masih terkawal dengan haspital dan pusat-pusat kuaratin masih mampu menampung jumlah pesakit yang bertambah.

Pegawai perubatan Hospital Tawau yang mahu dikenali sebagai Syafiq berkata, bandar ketiga terbesar di Sabah itu mempunyai tiga kawasan yang berperanan merawat Covid-19 iaitu Hospital Tawau, Dewan Kompleks Sukan Tawau dan Kolej Jururawat Masyarakat Tawau.

Menurut beliau, semua kawasan itu masih terkawal namun tidak menafikan jumlah pesakit semakin hari semakin bertambah.

“Kami tidak pasti sampai bila hospital dan fasiliti di sini mampu menampung pesakit. Kami pula semakin hari semakin susah mendapat bekalan peralatan perlindungan diri (PPE),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Katanya, kira-kira 100 hingga 150 menjalani rawatan Covid-19 di kolej jururawat, 50 hingga 100 orang di hospital dan 10 hingga 12 orang di kompleks sukan.

“Mengendalikan krisis kesihatan sangat mencabar sebab kalau pakai PPE ia sangat panas,” katanya.

Ketua Koordinasi Bilik Gerakan Pusat Kuarantin Semporna, Akri Jaya Ridwan berkata, masalah Covid-19 di Semporna masih terkawal.

Katanya, Program Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria yang dijadikan pusat kuarantin khas di daerah itu masih dapat menampung sebilangan pesakit.

Menurut Akri, kira-kira 138 pesakit termasuk bayi dan warga emas menjalani kuarantin di kawasan perumahan dan menempatkan setiap tiga penghuni di setiap unit rumah tersebut.

“Keadaan di sini masih baik. Tentang bantuan makanan, barisan hadapan dan sebagainya juga tiada masalah dan berjalan dengan lancar,” katanya.

Di Kunak, Pegawai Daerahnya, Majaran Osman berkata, dua pusat rawatan bergejala rendah sudah disediakan dan belum ada pesakit yang dihantar dan dirawat di Hospital Tawau kerana hanya sebilangan kecil sahaja kes jangkitan wabak di daerah itu.

“Pihak bertanggungjawab juga sedang menyalurkan bantuan bakul makanan oleh kerajaan negeri ke kawasan kampung yang terjejas,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya