Inspektor, sarjan terima suapan direman - Utusan Malaysia

Inspektor, sarjan terima suapan direman

SEORANG inspektor dan sarjan polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan dibawa ke Mahkamah Alor Setar, Kedah untuk mendapatkan perintah tahanan reman, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan seorang anggota berpangkat sarjan masing-masing ditahan reman empat dan dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan sebanyak RM5,000 daripada seorang lelaki di Kulim, dekat sini , Oktober lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar, Muhammad Zul Hilmi Latif selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai dan anggota polis itu serta seorang lagi individu ditahan kelmarin dan semalam bagi membantu siasatan selepas dipercayai meminta suapan daripada seorang lelaki bagi menutup kes dan tidak ditahan atas kesalahan jenayah pecah rumah.

Sarjan yang berusia 51 tahun itu ditahan SPRM di sebuah restoran di Kulimi pada pukul 3.30 petang semalam manakala inspektor berusia 32 tahun pula ditahan di pejabatnya di Kulim dekat sini kira-kira dua jam kemudian.

Seorang individu berusia 23 tahun yang bekerja sendiri itu pula ditahan di sebuah restoran di Juru, Pulau Pinang pada pukul 5.25 petang kelmarin.

Bagaimanapun, individu terbabit dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan kedua-dua penjawat awam dan individu terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya