Eksesais WinchEX pastikan kesiapsagaan Maritim Malaysia - Utusan Malaysia

Eksesais WinchEX pastikan kesiapsagaan Maritim Malaysia

SHAHRIZAN RAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seramai 31 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terlibat dalam Eksesais Winching (WinchEX) yang diadakan selama dua hari bermula kelmarin bagi memastikan kesiapsagaan pasukan itu berada pada tahap tertinggi.

Eksesais di sekitar perairan Pulau Pangkor itu melibatkan 15 anggota Bahagian Operasi Udara (BOU) dan 16 anggota kapal, membabitkan skuadron helikopter AW139 dan AS365N3 Maritim Malaysia dengan kerjasama aset Kapal Maritim (KM) Rawa dari Maritim Perak.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, WinchEX dilaksanakan bagi memastikan tahap kesiagaan anggota pasukan itu berada pada tahap optimum dalam melaksanakan tugasan menyelamat di laut dan di kapal walau dalam apa jua keadaan.

“Latihan ini adalah rutin berjadual bagi anggota BOU bagi mengekalkan tahap kecekapan pengoperasian pesawat oleh kru udara khususnya bagi operasi carilamat di laut atau operasi Medevac antara pesawat dan kapal.

“Winching adalah salah satu prosedur yang diguna pakai semasa operasi menyelamat yang melibatkan helikopter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, antara latihan yang dijalankan adalah Winching Perenang Penyelamat di Laut dan Winching Stretcher di Kapal.

Beliau berkata, kedua-dua latihan itu dilaksanakan sepanjang tempoh latihan mengikut sesi ditetapkan bergantung kepada faktor cuaca, keadaan pesawat dan aset laut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN