Belanjawan 2021: Pembangkang mahu bincang dengan PN - Utusan Malaysia

Belanjawan 2021: Pembangkang mahu bincang dengan PN

ANWAR Ibrahim (kanan) berjalan keluar selepas mesyuarat Majlis Presiden (PH) di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor, hari ini. Turut sama Mohamad Sabu (tengah). - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembangkang sedia mengadakan perbincangan dan rundingan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan memaklumkan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuudin Al-Mustafa Billah Shah untuk berbuat demikian.

Apa yang penting katanya, Belanjawan 2021 perlu memberi fokus kepada keperluan petugas barisan hadapan yang menjadi benteng rakyat daripada pandemik covid-19.

“Ia juga perlu menetapkan hala tuju yang mampu memastikan Malaysia terus maju semasa dan selepas pandemik termasuk mengenal pasti strategi pembangunan baharu untuk ekonomi serta membantu jutaan rakyat Malaysia yang terkesan sama ada yang hilang pendapatan atau pekerjaan pada tahun ini.

“Berjuta-juta rakyat yang berada pada atau bawah paras kemiskinan amat mengharapkan bantuan melalui belanjawan ini. Golongan yang tidak harus ketinggalan juga adalah yang memerlukan moratarium,” katanya.

Kenyataan itu ditandatangani bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam pada itu, Majlis Presiden PH turut menjunjung kasih terhadap titah Seri Paduka Baginda dan Majlis Raja-raja yang menolak permohonan Muhyiddin untuk mengiytiharkan darurat.

“Tuanku amat sedar tentang hak dan budi bicara serta peranan seperti yang termaktub dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi mengimbangi pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan serta membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya