Amanah Johor tolak laksana darurat  - Utusan Malaysia

Amanah Johor tolak laksana darurat 

Aminolhuda Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menolak tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mahu mencadangkan perintah darurat di negara ini.

Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, perintah darurat akan memberi kesan negatif kepada ekonomi seperti menjejaskan keyakinan pelabur asing.

Menurut beliau, langkah itu juga dikhuatiri menambahkan lagi beban yang terpaksa ditanggung rakyat.

“Pelbagai langkah lain boleh diambil untuk mengawal penyakit ini (Covid-19), khususnya yang kurang memberi kesan negatif terhadap ekonomi. 

“Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 ada peruntukan mencukupi bagi menyediakan langkah pencegahan penyebaran Covid-19.

“Ia termasuk kuasa membuat peraturan, kawalan pergerakan orang ramai dan menggerakkan pasukan bersenjata sebagaimana dilaksanakan semasa gelombang pertama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aminolhuda berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya pelaksanaan perintah darurat yang dilihat lebih sebagai cubaan Muhyiddin menyelamatkan kedudukan politiknya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Parit Yaani turut memberitahu, pengisytiharan itu tidak wajar kerana rakyat negara ini sentiasa mematuhi undang-undang.

“Tindakan terbaik adalah untuk beliau melepaskan jawatan bukan mengheret negara dan rakyat yang semakin tertekan ke dalam kancah darurat,” tambahnya lanjut.

Kelmarin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota, Kuantan dipercayai berkaitan dengan hasrat untuk mengisytihar darurat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.