Ada 'peratusan' dijangka tidak ikut nasihat Agong - Annuar - Utusan Malaysia

Ada ‘peratusan’ dijangka tidak ikut nasihat Agong – Annuar

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat kemungkinan besar sukar diluluskan ekoran tidak semua ahli Parlimen akan bersetuju untuk menyokong usul berkenaan.

Pandangan itu disuarakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa sebagai mengulas nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar semua wakil rakyat menerima rang tersebut.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN) berkata, setiap ahli Parlimen diberi hak untuk bertindak mengikut pendirian sendiri asalkan sejajar peraturan persidangan.

“Nasihat adalah nasihat tetapi bukan jadi kesalahan jika tidak bersetuju, bahkan tiada jaminan pendirian lain daripada yang lain dan tidak ikut nasihat Seri Paduka,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan sumbangan kepada pemimpin komuniti Putrajaya di bawah Program Wilayah Cakna 3.0 di sini hari ini.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, beliau ada membaca artikel daripada dua ahli Parlimen yang secara terbuka tidak menerima nasihat Yang di-Pertuan Agong dan sedia ‘sanggah’ pengesyoran itu.

Malahan, beliau juga mendengar ura-ura Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021 bakal dibentang Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz itu mungkin ditolak.

“Kita (ahli Parlimen) masih lagi berteka-teki apakah yang akan berlaku kerana ada peratusan (wakil rakyat) mungkin buat perbezaan pendirian terhadap usul tersebut,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah pula pendirian rasmi BN dan MN dalam isu berkenaan sebaliknya berkata, terpulang atas semua ahli Parlimen untuk sokong atau tidak.

Semalam, Al Sultan Abdullah menyeru semua Ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November ini.

Menerusi kenyataan media Istana Negara, Seri Paduka bertitah dengan menekankan pentingnya usul itu diluluskan dalam usaha menangani wabak Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.