YPNM gesa PM wujudkan jawatankuasa khas - Utusan Malaysia

YPNM gesa PM wujudkan jawatankuasa khas

Presiden merangkap Ahli Lembaga Amanah Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah menunjukkan memorandum selepas menyerahkannya kepada pegawai khas pejabat Perdana Menteri mengenai ketirisan dan ketidakcekapan pengurusan industri sawit Malaysia di Balai Pengawal Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggotai agensi penguat kuasa bagi menyi­asat ketirisan dan ketidakcekapan pengurusan industri sawit di negara ini.

Presidennya, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pihaknya percaya kegiatan menjual minyak sawit mentah secara haram di jalanan bukan sahaja memberikan kesan kepada pekebun kecil dan kilang-kilang kelapa sawit bahkan mendatang kerugian sehingga RM1 bilion kepada industri sawit negara.

Beliau mendakwa, pihak­nya mengesan ketirisan, salah guna kuasa dan ketidakcekapan dalam pengurusan industri sawit negara hasil siasatan selama dua tahun.

“YPNM mendapati bagi setiap penghantaran lori minyak sawit dari kilang buah ke kilang penapisan, hampir 1,000 kilogram (kg) buah tandan basah dipercayai dijual kepada pembeli-pembeli haram di jalanan.

“Kegiatan sedut minyak sawit mentah oleh pihak tidak bertanggungjawab ini menjurus kepada kerugian besar di peringkat kilang- kilang kelapa sawit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas penyerahan memorandum kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pekarangan Pejabat Perdana Menteri, di sini semalam.

Pegawai Khas Perdana Menteri, Azril Mohd. Amin menerima memorandum tersebut.

Katanya, pekebun kecil yang sepatutnya mendapat harga lebih­ baik daripada buah kelapa sawit daripada klon terbaik, akhirnya menjadi mangsa penipuan dan memperoleh harga rendah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN