Wujud mekanisme kenal pasti pelitup muka tiruan - Utusan Malaysia

Wujud mekanisme kenal pasti pelitup muka tiruan

ROSOL Wahid (tiga dari kanan) melihat kerja-kerja pembungkusan dan diberi penerangan Pengarah Urusana Durio Quek See Kui (dua dari kanan) di Syarikat Durio Sdn. Bhd. di Johor Bahru, hari ini. - UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan akan mewujudkan satu mekanisme dalam usaha mengenal pasti pelitup muka yang tidak mengikut piawaian dan tiruan di pasaran.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah itu berikutan wujudnya lambakan penjualan pelitup muka sama ada secara terbuka atau dalam talian.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia bagi mewujudkan mekanisme tersebut dalam masa terdekat.

“Pelitup muka tiga lapis perlu memenuhi fungsi iaitu untuk menghalang penyebaran Covid-19 tetapi ada yang kita dapati tidak memenuhi fungsi berkenaan.

“Ini amat membimbangkan apatah lagi bila kita dengar aduan ada pelitup muka yang dijual murah, walaupun tiga lapis tetapi dikhuatiri tidak memenuhi fungsi yang kita mahu iaitu menghalang penyebaran virus ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Kilang Pelitup Muka Durio PPE Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Menurut Rosol, hanya terdapat dua pihak yang memiliki peralatan menguji keberkesanan pelitup muka di negara ini iaitu Kementerian Kesihatan dan sebuah kilang di Johor.

“Terdapat pihak dikesan mengambil kesempatan cuba mengaut keuntungan dengan menjual pelitup muka tiruan malah tidak mengikut piawaian.

“Namun adalah sukar untuk kita kenal pasti, oleh itu kita perlu mewujudkan satu mekanisme sebagai langkah terbaik berhubung perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya sehingga kini tidak menerima aduan berhubung penjual pelitup muka terpakai di pasaran.

Namun katanya, kementerian memantau perkara tersebut setiap masa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.