KUALA LUMPUR: Jurulatih TNB ThunderStars, Mohd. Madzli Ikmar Mohd. Nor menuntut anak-anak buahnya memburu tiga mata menentang UiTM dalam aksi Liga Hoki Malaysia (LHM)di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini. Madzli berkata, kemenangan ke atas UiTM amat penting sebagai tonik tambahan sebelum mereka menyusun strategi bagi aksi seterusnya bertemu pendahulu liga, Maybank. Begitu pun, Madzli menegaskan pemainnya tidak boleh memandang rendah terhadap kemampuan lawan malah menjadikan pertemuan menentang Angkatan…










