UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar - Utusan Malaysia

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa ada ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan mereka.

“Saya dimaklumkan ramai ahli-ahli parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau dikatakan berhasrat untuk mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasratnya sebagainya dimaklumi,” katanya dalam kenyataan media.

Pegawai Zahid telah mengesahkan kesahihan kenyataan tersebut selepas dihubungi wartawan Utusan Malaysia.

Kenyataan Presiden UMNO itu dikeluarkan selepas Anwar mengumumkan majoriti kukuh sekali gus menumbangkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahmad Zahid turut berkata beliau menghormati keputusan ahli-ahli parlimen tersebut.

“Saya dimaklumkan ramai ahli parlimen UMNO dan BN telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian ahli-ahli parlimen berkenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya