Tambah polis atau hadapi kes jenayah meningkat - Utusan Malaysia

Tambah polis atau hadapi kes jenayah meningkat

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masalah ke­­­kurangan warga polis an­taranya berpunca daripada kekosongan membabitkan pe­gawai dan penolong pegawai tadbir yang tidak diisi.

Presiden Kongres Kesa­tuan Pe­kerja-pekerja Di Da­lam Perkhid­matan Awam (CUEPACS), Adnan Mat ber­kata, kebanyakan pe­gawai ber­uniform terpaksa ma­suk ke pejabat untuk mela­kukan kerja-kerja pentadbiran ke­ra­na kekurangan kakitangan am.

“Perkara ini berlaku apabila pegawai PDRM beruniform terpaksa melakukan ker­ja-kerja pen­tadbiran apa­bila kekoso­ngan jawatan pe­gawai dan penolong pegawai tadbir am dalam jabatan tersebut tidak diisi.

“Tugasan pentadbiran dila­kukan oleh pegawai beruniform, maka sudah tentu kita akan kekurangan tenaga kerja di lapangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam, Utusan Malaysia me­laporkan kekurangan perjawatan PDRM disifatkan sebagai kritikal jika diukur dari sudut nisbah polis dengan penduduk di negara ini yang jauh ketinggalan dengan standard pia­waian ditetapkan polis an­ta­rabangsa.

Menurut beliau, kerajaan ha­rus mempertimbangkan per­kara ini kerana negara akan rugi ekoran anggota PDRM bertugas dalam pejabat berbanding di lapangan.

“Mereka ini lebih sesuai untuk bekerja di lapangan kerana daripada peringkat awal mereka dilantik atas kebolehan mereka dan bukannya untuk bekerja dalam pejabat,” ujarnya.

Beliau menegaskan, sekira­nya tidak diambil tindakan yang sepatutnya, akan ada le­bih banyak kes jenayah tidak dapat diselesaikan.

“Sama ada tambah kakita­ngan ataupun kes jenayah akan meningkat. Itu sahaja yang saya boleh katakan kerana kurang­nya tenaga kerja dalam sektor ini boleh membawa kesan yang lebih parah kepada negara dan keselamatan masyarakat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya