Ramai berhasrat miliki Projek Rumah Rakyat Pahang - Utusan Malaysia

Ramai berhasrat miliki Projek Rumah Rakyat Pahang

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (dua kanan) menyampaikan surat tawaran projek Rumah Rakyat Pahang (RRP) kepada seorang penerima di Kampung Kuala Sentol, Maran pada 26 September 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Projek Rumah Rakyat Pahang (RRP) di negeri ini bukan ilusi tetapi realiti bagi membantu rakyat memiliki kediaman sendiri.

Namun, jumlah rumah dan penerima perlu ditambah  bagi membolehkan lebih ramai golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

Ketua Kampung Felda New Zealand, Wan Ahmad Putra Wan Sulaiman berkata, projek tersebut inisiatif terbaik kerajaan negeri membantu rakyat.

“Bilangan penerima dan peruntukan wajar ditambah supaya lebih ramai penerima layak mendapat faedah menerusi nisiatif ini,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Pecah Tanah dan Penyerahan Surat Tawaran RRP Daerah Maran 2020 di Kampung Kuala Sentol di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai tujuh penerima di sini  menerima RRP disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin. 

Setakat ini, sebanyak RM6.37 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi membina 98 projek RRP di seluruh Pahang.

Yang Dipertua Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PKVTTB) Pahang, Mohd. Sani Ishak berkata, kriteria penerima perlu mengambil kira kepentingan sosial dan jasa bakal penerima rumah berkenaan.

Ini kerana, ujarnya, ramai bekas tentera tidak berpencen tinggal di rumah daif malah uzur kerana mereka  tidak memiliki rumah sendiri.

Ketua Peneroka Felda Jengka 7, Ahmad Zubir Abdul Rahim berkata,  ramai rakyat berhasrat  menerima RRP kerana kos pembinaannya murah RM65,000 dibiayai kerajaan negeri.

“Kerana bilangan penerimanya terhad,  penilai harus mengambil kira pelbagai sudut tanpa berkompromi dengan kriteria ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya