Portal Mandarin SPRM sejak 2015 - Utusan Malaysia

Portal Mandarin SPRM sejak 2015

PORTAl SPRM dalam segmen bahasa Mandarin menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah membelakangi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi susulan pengaktifan semua portal bahasa Mandarin SPRM baru- baru ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamsun Baharin Mohd. Jamil berkata, portal tersebut bukan versi baharu tetapi diwujudkan sejak Disember 2015.

“Untuk makluman, ia dilancarkan semula selepas mengambil kira beberapa pembaharuan dan penambahbaikan bagi memastikan mesej anti rasuah disampaikan dengan lebih meluas kepada masyarakat negara ini.

“Tidak timbul isu kerana SPRM sentiasa mematuhi Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan 1967,” katanya di sini semalam.

Menurut beliau, pihaknya berharap semua pihak tidak membuat sebarang dakwaan menjatuhkan imej dan kredibiliti agensi berkenaan.

Katanya, toleransi dalam kepelbagaian bahasa bertujuan untuk memastikan matlamat menyebarluaskan mesej anti rasuah dan memberi kefahaman tentang kepentingan pencegahan rasuah tercapai.

“Selagi kita meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan lain-lain bahasa sebagai pilihan, ia tidak menjadi kesalahan,” jelasnya.

Baru-baru ini, SPRM memaklumkan portal dalam bahasa Mandarin diaktifkan semula bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya tersebut.

Tindakan itu mendapat pelbagai reaksi termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli akademik yang mendakwa portal berkenaan menimbulkan polemik berhubung kedudukan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Cina. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya