Polis bongkar makmal mini proses dadah  - Utusan Malaysia

Polis bongkar makmal mini proses dadah 

LEE Chong Chern meneliti kelengkapan memproses dadah yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang hari ini. -UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Polis membongkar kewujudan sebuah makmal mini pemprosesan dadah di sebuah rumah teres dua tingkat di sini, 23 September lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Lee Chong Chern berkata, polis turut menahan seorang lelaki dan wanita tempatan yang berusia 35 dan 29 tahun dalam operasi terbabit.

Menurut beliau, kedua-dua suspek memiliki kemahiran mencampurkan serbuk dadah bersama pelbagai perisa serta pewarna yang akan dibancuh menjadi minuman.

“Kita turut merampas sejumlah dadah jenis ketamin, syabu, Methyl​enedioxy​methamphetamine (MDMA) dan pil Yaba yang dianggarkan bernilai RM37,752.

“Hasil siasatan awal, kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kerja pemprosesan dadah yang akan dijual di sekitar bahagian pulau,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya