Nelayan ditahan guna pukat rawa sorong tanpa lesen - Utusan Malaysia

Nelayan ditahan guna pukat rawa sorong tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri menahan tiga nelayan termasuk seorang tekong selepas disyaki menggunakan pukat tanpa lesen di kedudukan 1.4 batu nautika barat laut Pulau Sayak, Kedah awal pagi ini.

Nelayan tempatan berusia 23, 24 dan 44 tahun itu ditahan ketika sedang leka menangkap ikan di atas bot rawa sorong kira-kira pukul 4 pagi.

Pengarah Maritim Negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, penahanan ke atas ketiga-tiga nelayan tempatan terbabit dijalankan dalam Op Pertiwi/Op Benteng di sekitar perairan Pulau Pinang.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot yang dinaiki seorang tekong bersama dua awak-awak itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 iaitu aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tanpa lesen yang sah.

“Mereka menggunakan peralatan pukat rawa sorong untuk menangkap ikan dan menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tegasnya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara.

Beliau meminta orang ramai diminta memberi kerjasama dengan memberi maklumat lengkap sekiranya terdapat kecemasan atau aduan di laut kepada Maritim Malaysia melalui talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau di Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang: 04-2626146 atau 04-264 3650. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya