MBSA beri diskaun kompaun 50 peratus - Utusan Malaysia

MBSA beri diskaun kompaun 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sempena Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-20, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melaksanakan Kempen Pengurangan Kompaun sehingga 50 peratus sepanjang Oktober bermula esok.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, pemberi diskaun itu bertujuan memberi peluang kepada orang kena kompaun (OKK) menyelesaikan tunggakan kompaun kepada pihak MBSA.

Katanya, pelaksanaan kempen pengurangan kompaun tersebut bermula esok sehingga 31 Oktober depan dengan tawaran sehingga 50 peratus pengurangan daripada bayaran sebenar kompaun yang dikenakan.

“Kempen yang dilaksanakan ini merupakan inisiatif menggalakkan OKK menyelesaikan tunggakan kompaun sebelum tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang gagal menyelesaikan tunggakan  kompaun masing-masing. 

“Antara kompaun yang layak mendapat pengurangan sehingga 50 peratus ialah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005 dan Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005.

“Selain itu, kompaun turut tertakhluk bagi kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Iklan (MBSA) 2007,Undang-undang-Kecil Penjaja (MBSA) 2007 dan Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 dan Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Shahrin, bagi kompaun   Tempat   Letak   Kereta   (Perintah   Pengangkutan   Jalan   MBSA), pihaknya juga memberikan pengurangan sehingga RM30 daripada jumlah asal di semua kaunter bayaran MBSA.  

“Bagi menggalakkan orang ramai membuat pembayaran kompaun, MBSA menyediakan perkhidmatan Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW) yang akan beroperasi setiap hari Sabtu di pasar raya terpilih di kawasan pentadbiran  MBSA.

“Orang ramai boleh membuat pembayaran  kompaun di kaunter utama Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Shah Alam; Pejabat Cawangan Sungai Buloh; Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam,” katanya.

Katanya, untuk kompaun kesalahan tempat letak kereta, OKK juga boleh menjelaskan bayaran melalui Maybank2U, kaunter Bank Muamalat dan kaunter Bank Rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya