Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin untuk mangsa yang terkesan akibat insiden kebakaran di Putra Heights April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia), ahli Kumpulan MMC, menyumbang kepada Tabung Selangor Prihatin bagi membantu mangsa yang terkesan akibat insiden kebakaran di Putra Heights April lalu.

Naib Presiden Eksekutif, Pemasaran Kumpulan Gas Malaysia, Mohamad Farid Ghazali berkata, usaha sama ini mencerminkan komitmen untuk membantu mereka yang memerlukan ketika berdepan waktu sukar.

Katanya, bantuan ini menunjukkan komitmen teguh Gas Malaysia sebagai warga korporat yang bertanggungjawab.

“Bantuan ini mencerminkan solidariti kami bersama komuniti yang terjejas.

“Kami juga ingin memberikan sokongan berterusan terhadap usaha kerajaan negeri untuk menyediakan bantuan serta sokongan tepat pada masanya. 

“Kami amat berharap ia dapat meringankan beban mangsa dan membantu mereka dalam proses pemulihan serta membina semula kehidupan,” katanya dalam kenyataan.

Majlis penyerahan cek rasmi diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan dihadiri oleh wakil utama Kerajaan Negeri Selangor serta Gas Malaysia.

Sumbangan kewangan hasil usaha sama syarikat dan kakitangannya itu telah diserahkan oleh Mohamad Farid kepada Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Dr Haniff Zainal Abidin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN