Reka bentuk, warna tren RTS Link lambang dua negara

Reka bentuk, warna tren RTS Link lambang dua negara

TREN Pertama RTS Link yang bakal memulakan operasi pada 1 Januari 2027 diperkenalkan pada satu majlis di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC), Tuas, Singapura, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bersama Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Jeffrey Siow hari ini mendedahkan secara rasmi reka bentuk dan warna tren Rapid Transit System Link (RTS Link).

Majlis pelancaran yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi itu di­sempurnakan di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC), Tuas di sini.

Tren berwarna ‘livery’, yang menggabungkan warna merah, biru dah putih itu melambangkan warna bendera Malaysia, Singapura dan Johor.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua kementerian tersebut memaklumkan perkhidmatan RTS Link yang dijadualkan beroperasi pada 1 Januari 2027 akan menggunakan lapan tren dibuat China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) Zhuzhou Locomotive Co. Ltd.

Setiap tren terdiri daripada empat gerabak dengan setiap perjalanan mempunyai kapasiti melebihi 600 penumpang de­ngan setiap jam mampu membawa sehingga 10,000 penum­pang.

Setakat ini, kerja-kerja sistem siap pada tahap 56 peratus me­rangkumi kerja-kerja trek, ‘rolling stock’, ‘traction power supply’ serta integrasi bagi sistem isyarat, komunikasi dan kawalan, manakala kerja-kerja trek dijangka siap menjelang akhir Julai ini.

Sepanjang Julai dan Ogos ini, kerja utama termasuk pemeriksaan, pengujian dan pentauliahan sistem TPS, termasuk sistem ‘intertripping’ dan ‘interlocking’.

Kerja-kerja tersebut penting untuk memastikan kesiapsiagaan sistem bekalan kuasa bagi menyokong aktiviti pengujian tren di Depoh Wadi Hana bermula September ini.

Dalam perkembangan sama, operator RTS Link sedang mela­kukan kajian pasaran akhir bagi menentukan kadar tambang yang bersesuaian dengan perkhidmatan tersebut.

Anthony Loke berkata, antara faktor perlu diambil kira adalah tujuan perkhidmatan tersebut, iaitu menukar cara majoriti pengembara merentas sempa­dan antara Malaysia dan Si­nga­pura.

Menurutnya, operator per­khidmatan itu, RTS Operation (RTSO) dianggotai individu daripada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan SMRT Corporation (SMRT), Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN