Mayat dalam beg, empat termasuk isteri ditahan - Utusan Malaysia

Mayat dalam beg, empat termasuk isteri ditahan

MOHD. NOR YHAZID IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis menahan empat suspek termasuk isteri kepada kepada mangsa yang ditemukan mati disumbat di dalam beg hitam di Kawasan Perindustrian Ringan Kuala Ina, Pulau Sebang, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, kesemua suspek berusia 26 tahun hingga 31 tahun itu ditahan reman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Keempat-empat suspek termasuk isteri si mati ditahan di Johor Bahru dalam lokasi berasingan. Bagaimanapun kita masih menyiasat motif kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Nor Yhazid berkata, identiti mayat tersebut dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 31 tahun dan bekerja sebagai pendawai elektrik.

“Pengecaman mayat mangsa dibuat adiknya dan lelaki itu didapati telah berkahwin serta mempunyai seorang anak,” katanya.

Pada Khamis lalu, sepasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Alor Gajah dan Tampin, Negeri Sembilan terkejut selepas menemukan mayat di dalam beg hitam ketika melakukan kerja-kerja memadam kebakaran sebuah kereta Honda Civic Ferio di kawasan itu pada pukul 7.25 pagi.

Beg berisi mayat itu dilaporkan diletakkan di bahagian penumpang belakang.

Berdasarkan siasatan, kereta itu dikatakan dipandu oleh seorang lelaki dan mengalami kerosakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh sebelum ditunda ke kedai tersebut.

Pemilik bengkel bersama pekerjanya mengambil kereta tersebut dan diletakkan di hadapan kedai tanpa dibaiki kerana pemandu tersebut tidak membayar wang perkhidmatan tunda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya