Lompat parti, Hajiji tak matang  - Utusan Malaysia

Lompat parti, Hajiji tak matang 

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan lompat parti bukan sifat politik matang sebaliknya ia tidak berprinsip, tidak beretika dan mementingkan diri.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr. Jeniri Amir berkata, tindakan tersebut akan menjadikan rakyat sebagai korban meskipun telah menjalankan amanah untuk memilih kepimpinan yang terbaik sewaktu pilihan raya.

Namun, amanah tersebut hanya sia-sia apabila wakil rakyat berkenaan hanya mementingkan diri dengan membuat keputusan lompat parti.

“Apa makna demokrasi kalau boleh lompat parti sesuka hati? Jangan kerana nak tegakkan benang basah boleh halalkan sesuatu yang tidak langsung beretika.

“Bayangkan, jika Hajiji dan rakan sekutunya menang pada PRN ini, kemudian ada wakil rakyat yang lompat parti ke arah Warisan, apa istilah yang akan digunakan kepada mereka? Adakah itu dikatakan politik matang? Katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tindakan lompat parti di Sabah sukar disekat, namun ia menunjukkan kematangan berpolitik di negeri itu.

Menurut Hajiji lagi, beliau dan wakil rakyat Sabah tidak bergaduh walaupun berbeza pendapat dalam politik, malah masing-masing mempunyai tanggungjawab meyakinkan pengundi.

“Kenyataan itu hanya untuk menghalalkan tidak tanduk yang dilakukan dengan jusitfikasi amat lemah. Malah kenyataan itu juga menggambarkan Hajiji seorang ahli politik yang tidak matang.

“Fakta yang harus diterima semua ahli politik termasuk Hajiji adalah tindakan lompat parti melemahkan kepimpinan dalam sebuah pentadbiran dan rakyat yang akan sengsara. Jadi, matangkah politik itu jika akhirnya rakyat yang menjadi korban?” soal Jeniri lagi.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr. Salawati Mat Basir berkata, ketidakstabilan akan berlaku jika terdapat wakil rakyat yang lompat parti, sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan.

“Kalau itulah rumusan dan kesimpulan politik yang ditekankan, ketidakstabilan akan berlaku.
Ini kerana lompat parti adalah mengkhianat amanah dan tanggungjawab diberi pengundi kepada wakil rakyat.

“Rakyat undi wakil rakyat atas tiket parti yang dia wakili. Kalau main lompat merata atas alasan itu, ia langsung tidak matang, sememangnya ia tindakan yang mementingkan diri sendiri dan survival politik yang penakut, ” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya