Saya pernah jumpa Sarah Yasmine, dia peminat - Meerqeen - Utusan Malaysia

Saya pernah jumpa Sarah Yasmine, dia peminat – Meerqeen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Meerqeen, mengakui pernah bertemu dengan wanita yang mengaku sebaga kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine.

Namun begitu, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, menegaskan hubungannya dengan wanita tersebut hanyalah sekadar artis dan peminat.

“Dia peminat saya dulu, saya tiada spekulasi apa-apa berkenaan kes itu (pendedahan Sarah Yasmine tentang Aliff Aziz)

“Itu hal orang lain dan saya mahu fokus kepada drama akan datang.

“Saya dan Sarah bukan kawan. Saya boleh kata yang dia pun kenal semua artis. Jadi dia fans (peminat)“ katanya.

Meerqeen berkata demikian bagi mengulas dakwaan yang tular di aplikasi ‘X’ kononnya peserta Hero Remaja 2019 itu pernah menjalin hubungan istimewa dengan wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, Meerqeen, enggan melatah sebaliknya berlapang dada dengan dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

“Semua yang buruk dalam industri mesti terpalit dengan saya sehingga sudah terbiasa.

“Kadangkala saya kena larikan diri daripada semua ini dan fokus kepada karier dan impian saya, katanya.

Meerqeen ditemui Utusan Malaysia di tayangan episod pertama siri Astro Originals, Framed.

Dalam perkembangan lain, Meerqeen bakal membintangi siri Astro Originals Framed akan ditayangkan di saluran Astro Premiere (410), On Demand, Astro Go dan Sooka.

Siri Framed membariskan pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Meerqeen, Mimi Lana, Rusdi Ramli dan Sangeeta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya