KUALA LUMPUR: Ramai yang tidak tahu bahawa wujud lesen untuk menunggang basikal di negara ini yang disertakan perlindungan insurans. Setakat ini, 1,000 individu memohon lesen berkenaan menerusi Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Lesen berkenaan bukan sahaja bagi tujuan perlumbaan, sebaliknya terpakai untuk mereka yang ingin melakukan kayuhan santai di jalan raya atau lebuh raya. Bagaimanapun, pemilikan lesen tersebut tidak diwajibkan kepada penunggang basikal biasa di negara ini. Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal…