Puluhan ribu basikal elektrik bakal disita 

Puluhan ribu basikal elektrik bakal disita 

GAMBAR fail dua lelaki menunggang e-bike. - Foto AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Pihak polis di negeri New South Wales (NSW) bakal diberikan kuasa tambahan untuk menyita dan melupuskan basikal elektrik (e-bike) haram susulan kebimbangan terhadap penggunaannya yang semakin mencetuskan tingkah laku antisosial serta berbahaya. 

Pengumuman itu menyaksikan NSW mengikut jejak langkah Australia Barat dalam membenarkan pihak berkuasa menghapuskan e-bike berkuasa tinggi yang tidak mematuhi spesifikasi..

Data terbaharu kerajaan NSW mendedahkan terdapat kira-kira 1.35 juta e-bike dan skuter elektrik di jalan raya negeri tersebut, dengan 21 peratus daripadanya dikenal pasti sebagai versi haram. 

Langkah drastik itu diambil sebagai respons kepada sebuah video tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan 40 penunggang e-bike dan motosikal menunggang secara berbahaya merentasi Jambatan Pelabuhan Sydney pada Selasa lalu. 

Kumpulan tersebut dilihat memecut dan memotong kereta serta melakukan aksi ‘wheelie’ di mercu tanda ikonik itu, sehingga mengundang kecaman hebat daripada orang awam.

Menteri Pengangkutan NSW, John Graham, menyatakan bahawa tindakan tegas itu perlu bagi menangani kebimbangan komuniti terhadap lambakan e-bike yang telah diubah suai. 

Beliau menyatakan matlamat operasi itu adalah untuk memberi pengajaran kepada pemilik lain bahawa pihak kerajaan serius dalam memastikan basikal haram tersebut dihentikan daripada berada di jalan raya. 

Menurut peraturan sedia ada, bateri e-bike hanya dibenarkan beroperasi sebagai pembantu kayuhan dengan had kuasa tidak melebihi 250 watt dan kelajuan maksimum 25 kilometer sejam sebelum bantuan motor terhenti secara automatik.

Sebarang peranti yang melebihi had kuasa atau kelajuan tersebut perlu didaftarkan sebagai motosikal enjin kecil atau motosikal secara sah. 

Jurucakap Persatuan Pemandu Kenderaan Bermotor dan Jalan Raya Kebangsaan (NRMA), Peter Khoury turut menyokong tindakan keras tersebut dengan menyatakan bahawa walaupun penyitaan dan pelupusan, basikal masih membawa kerugian besar kepada pemilik.

Namun, kos menguruskan pengebumian akibat kemalangan adalah jauh lebih mahal. 

Pegawai-pegawai kerajaan memaklumkan bahawa kuasa baharu itu akan memudahkan undang-undang penyitaan sedia ada yang sebelum ini direka untuk kereta dan motosikal.

Ia merupakan sebahagian daripada pakej reformasi yang lebih luas untuk menangani isu keselamatan e-bike. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN