Lelaki parah ditikam akibat dadah - Utusan Malaysia

Lelaki parah ditikam akibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang lelaki cedera parah selepas ditikam dengan pisau oleh dua lelaki dalam satu pergaduhan dipercayai berkaitan dadah di Dataran Keris, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang, mangsa berusia 49 tahun yang ditikam pada bahagian lengan kiri dan belakang badan itu ditemukan oleh orang awam dalam keadaan berlumuran darah di sebuah premis cuci kereta.

Ketua Polis daerah, Superintenden Arshad Abu berkata, maklumat kejadian diterima sepasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) kira-kira pukul 5.52 petang dan terus menghala ke tempat kejadian.

“Polis mendapati seorang lelaki mengalami kecederaan dipercayai ditikam dengan pisau sedang dibantu orang ramai.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Arshad berkata, dua individu berusia 21 tahun dan 24 tahun turut ditahan oleh orang awam dan diserahkan kepada polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

“Hasil siasatan awal, mangsa dikatakan berselisih faham dengan kedua-dua suspek berkaitan dadah sebelum salah seorang daripada mereka bertindak menikamnya.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di lengan kiri dan bahagian belakang sempat melarikan diri ke sebuah tempat cuci kereta berhampiran sebelum dibantu orang awam,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek kini tahan dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya