Lelaki maut kebakaran kedai - Utusan Malaysia

Lelaki maut kebakaran kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 29 tahun maut setelah terlibat dalam kebakaran melibatkan kedai dua tingkat di Taman Melawati, Skudai di sini semalam.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar berkata, mangsa, Pan Cheng Bin terkorban akibat mengalami luka melecur di separuh bahagian tubuh badannya.

Katanya, seramai 21 pegawai dan anggota dengan kekuatan tiga jentera Balai Bomba dan Penyelamat Skudai serta Larkin ditugaskan ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.04 petang.

“Setibanya di lokasi, kebakaran membabitkan ruang tamu tingkat dua premis yang merupakan sebuah kedai dua tingkat jenis binaan kekal itu telah dipadamkan oleh orang awam.

“Semasa operasi, anggota bomba menemukan mayat seorang lelaki dewasa yang mengalami luka melecur di separuh badannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Operasi berkenaan kemudian ditamatkan pada pukul 8.46 malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya