KPDNHEP longgar permohonan jualan murah  - Utusan Malaysia

KPDNHEP longgar permohonan jualan murah 

ROSOL Wahid ketika majlis pelepasan atau 'flag-off' Kembara Program Jualan Malaysia (PJM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) peringkat negeri Pulau Pinang di pekarangan Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.-UTUSAN/ISWAN SHAFIQ ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melonggarkan proses permohonan untuk mengadakan jualan murah bagi meningkatkan sokongan rakyat dan komuniti perniagaan terhadap Program Jualan Malaysia (PJM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga hanya perlu mengemukakan notis untuk tujuan itu secara online atau dalam tempoh 24 jam daripada permohonan dibuat sebelum boleh mengadakan sebarang jualan murah.

“Pada masa yang sama, peniaga juga boleh melaksanakan aktiviti jualan murah pada bila-bila masa iaitu tidak melebihi tempoh 30 hari bagi setiap notis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan PJM dan KBBM 2020 peringkat negeri di sini semalam.

Sempena perasmian itu, Rosol turut melancarkan aplikasi telefon pintar, MySales Tracker bagi membantu peniaga dan pengguna mencari premis yang menawarkan atau sedang melaksanakan jualan murah di negeri ini.

Rosol berkata, untuk Pulau Pinang sahaja, sebanyak 16 outlet perniagaan telah bersetuju untuk mengadakan jualan murah setakat ini.

“Sehingga kini juga, kira-kira 63,714 outlet perniagaan terlibat dengan aktiviti jualan murah ini dengan jumlah pengguna aplikasi MySales Tracker dianggarkan sekitar 1,500 orang,” katanya.

Tambah beliau, hasil jualan PJM dan BKKM ketika ini juga memberangsangkan apabila mencecah RM12 juta melalui platform e-dagang sahaja seperti Shopee.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya