DBKL larang kelab malam beroperasi sejak April - Utusan Malaysia

DBKL larang kelab malam beroperasi sejak April

NOR HISHAM AHMAD DAHLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejak April lalu sehingga hari ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pemilik kelab malam di ibu negara untuk beroperasi semula.

Malah, sepanjang tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu, sebanyak tujuh premis hiburan telah ditutup dan ditarik lesen selepas didapati beroperasi tanpa kebenaran.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, meskipun lara­ngan telah dikeluarkan yang tidak membenarkan kelab malam beroperasi namun ada segelintir pengusaha membuka premis mereka secara sorok-sorok.

Tegas beliau, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kelab malam yang beroperasi dalam tempoh PKP ini, sekaligus me­langgar prosedur operasi stan­dard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Pihak PBT tidak pernah berdiam diri, malah tiada sebarang lesen dikeluarkan pihak kita terhadap mana-mana individu.

“Jadi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana premis atau kelab malam masih degil beroperasi minta lapor pada kami untuk tindakan tegas,” katanya ketika dihubungi  semalam.

Pada 13 September lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan hampir 80 peratus daripada 763 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah terdiri daripada pengunjung kelab malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya