Cubaan seludup barang bebas cukai dari Pangkor dipantau - Utusan Malaysia

Cubaan seludup barang bebas cukai dari Pangkor dipantau

SHAHRIZAN RAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Maklumat perisikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mendapati ada percubaan menyeludup barangan bebas cukai keluar dari Pulau Pangkor, di sini bagi mendapatkan keuntungan segera terutama dengan menjual barangan itu di tanah besar.

Ia berikutan kedudukan geografi Pulau Pangkor yang hampir dengan tanah besar Semenanjung menjadi punca ada usaha menyeludup barangan bebas cukai itu.

Untuk rekod, perjalanan menaiki feri penumpang dari Marina Island, Teluk Muroh ke Jeti Penumpang Pulau Pangkor hanya mengambil masa kira-kira tujuh ke 10 minit manakala dari bandar Lumut pula mengambil masa kira-kira 30 minit, dengan perjalanan lebih singkat jika menggunakan bot laju.

Perjalanan feri penumpang ke pulau bebas cukai lain seperti Pulau Langkawi ialah kira-kira sejam dari jeti terdekat di Kuala Perlis; satu jam 30 minit dari Mersing ke Pulau Tioman dan ke Pulau Labuan pula mengambil masa kira-kira 20 minit dari Menumbok dan tiga jam dari Kota Kinabalu.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya mendengar percubaan-percubaan menyeludup barangan bebas cukai keluar dari Pulau Pangkor tetapi sehingga kini belum membuat tangkapan.

“Ini perkara biasa di mana-mana pulau bebas cukai, pasti ada pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mengaut keuntungan dengan cepat. Apabila barang murah di sesuatu tempat, pasti ada pihak mahu mendapat keuntungan.

“Tambahan kedudukan geografi yang hampir dengan daratan menjadi punca ada usaha untuk menyeludup keluar barang bebas cukai ini,” katanya dalam sidang akhbar di atas kapal KM Nyalau selepas operasi khas pasukan itu di perairan selatan Perak dan Pulau Pangkor bersama media di sini semalam.

Shahrizan berkata, kebiasaannya penyeludupan itu dilakukan di jeti-jeti yang tidak didaftarkan dan pada waktu-waktu tertentu seperti tengah malam atau awal pagi.

Beliau meminta orang ramai khususnya penduduk Pulau Pangkor agar menghubungi dan menyalurkan maklumat kepda pasukan itu jika mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan barangan bebas cukai tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya